Assalamualaikum kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa canggih tetapi akan memberi ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk diri anda sendiri dan keluarga tersayang. Idea ini tercetus atas dorongan anak gadis dan anak saudara saya yang begitu beriya-iya nak belajar menjahit baju sendiri.
Saya begitu yakin dan percaya bahawa sekiranya kita berkongsi ilmu yang memberi manafaat kepada diri sendiri, ilmu kita akan semakin subur dan bertambah berlipat ganda. Saya harap anda semua juga berfikiran seperti saya dan sudi berkongsi ilmu yang anda miliki dengan orang lain juga. ^_____^
Percayalah memakai baju hasil tangan sendiri memberi kepuasan yang tiada tandingannya dengan baju siap yang dibeli atau yang ditempah di kedai-kedai yang wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Menjahit baju sendiri adalah satu langkah bijak untuk berjimat cermat di era yang serba serbi mahal. Cuba kira kerugian yang dialami anda dengan membeli kain yang berharga RM10 anda terpaksa mengeluarkan upah jahit yang 3 kali ganda. Rugiiiiiiiiiiii sangat-sangat. ;D
Untuk peringatan anda semua untuk jahit perlu ada tahap kesabaran . Tidak perlu ada bakat atau minat. Yang penting ada kemahuan bak kata pepatah hendak seribu daya tak nak berbillion dalih.
No comments:
Post a Comment