Sunday, September 20, 2015

masih tidak puas lagi

Minat aku kat aktiviti masih lagi kukuh. Ini terbukti dengan jumlah mesin jahit yang semakin bertambah. Aku juga ada bilik khas untuk minatku ini. Aku hairan sekali kenapa masih ramai orang yang tak mahu belajar menjahit alasan tidak minat. Bagiku minat boleh kita pupuk. Belajarlah menjahit. ini adalah satu bahagian kemahiran hidup. Bayangkan kalau ada kain atau pakaian yang terkoyak takkan kita nak hantar ke kedai pulak. ini adalah survival skill I guess.

Sekarang ni aku suka pakai jubah. Lagi cepat jahit jubah dari baju kurung tradisional. Bukan itu saja malah lebih jimat kos. Cuma perlu ingat jangan jahit jubah yang ketat2 dan tidak menepati ciri2 untuk menutup aurat. Nak jadi tukang jahit mesti jahit pakaian yang menepati garis panduan berpakaian secara seorang muslimah.

Sekarang ni masih ramai wanita yang pakai pakaian yang membungkus aurat dari menutup aurat.Nak tahu apa maksud saya. Ya la kalau pakai baju ketat, jarang dan macam orang lelaki. Dalam kita berfesyen janganlah sampai main redah je. Asal boleh sarung je, kita tak kisah kalau sekalipun dah macam sarung nangka.