Ini rupa pesak yang telah dibelah di bahagian atas pesak. Ambik sekeping kekek dan letakkan dalam posisi seperti di bawah
2. Pinkan bahagian pesak sebelah kanan dengan satu bahagian tepi kekek seperti di bawah.Jahitkan tetapi jangan sampai hujung kekek. Jarakkan setengah inci.
3. Pesak dan kekek yang siap dijahit dilihat dari bahagian luar baju.
3. Cantumkan sebelah lagi pesak dengan kekek. Pinkan dahulu. 4. Mulakan menjahit dari bahagian tengah dan dijarakkan setengah inci.
4. Mulakan menjahit dari bahagian tengah dan dijarakkan setengah inci.
5. Cantumkan bahagian tengah pesak dari titik pertemuan kedua-dua kekek. Jahit ke bawah sampai ke hujung bawah pesak
6. Bahagian yang siap dijahit dan diterbalikkan akan kelihatan macam ini.
7. Proses seterusnya adalah mencantumkan tangan ke pesak yang dah siap dicantum dengan kekek.
8. Mulakan dengan sebelah kiri pesak.
9. Ulang langkah sepertimana kita jahit kekek ke pesak.
10. Jahitkan dua pasang tangan menggunakan proses yang sama.
11. Hasilnya hendaklah sebegini rupa.
12. Untuk lubang leher mula- mula lipat dua bahagian badan secara memanjang
13. Dilipat sekali lagi menjadi 4 dan kelihatan begini
14.Diseterikan untuk mendapat bekas lipatan
15. Dibuka lipatan sekali sahaja dan dibiarkan memanjang. Tandakan bahagian bahu pada tepi. Letakkan template lubang leher. Samakan line pada template dengan tangan kat bahu
16. Untuk buka depan bentuk 'v' turunkan 4 inci
17. Lukiskan dengan kapur line sendeng
18. Gunakan pengelek untuk membuat tanda di lapisan sebelah bawah
19. Guntingkan bahagian bulatan sahaja.
21.Letakkan alas leher dahulu. Kemudian letakan bahagian leher dan adjust kedudukannya.
22. Jahitkan keliling leher dan bahagian 'v'nya
23.Setelah siap dijahit barulah di potong bahagian 'v' dengan berhati-hati terutamanya bahagian hujung 'v'
24. Terbalikkan alas leher ke dalam.
24. Seterikakkan untuk mengemaskan jahitan
26. Potongkan bahagian alas leher lebarnya 1 inci dan di jahit tepi sebelum di jahit tangan
27. Last sekali cantumkan pesak yang lengkap dengan tangan ke badan. Lepas tu boleh dijahitkan bahagian bawah baju dan lengan dengan jahitan tangan.