Sunday, May 19, 2013

Cara menjahit

1.Kita boleh mula jahit bahagian leher atau pesak dahulu. sa ya akan mulakan dengan menjahit pesak dahulu.
Ini rupa pesak yang telah dibelah  di bahagian atas pesak. Ambik sekeping kekek dan letakkan dalam posisi seperti di bawah


2. Pinkan bahagian pesak sebelah kanan dengan satu bahagian tepi kekek seperti di bawah.Jahitkan tetapi jangan sampai hujung kekek. Jarakkan  setengah inci.

3. Pesak dan kekek yang siap dijahit dilihat dari bahagian luar baju.

3. Cantumkan sebelah lagi pesak dengan kekek. Pinkan dahulu. 4. Mulakan menjahit dari bahagian tengah dan dijarakkan setengah inci.

4. Mulakan menjahit dari bahagian tengah dan dijarakkan setengah inci.


5. Cantumkan bahagian tengah pesak dari titik pertemuan kedua-dua kekek. Jahit ke bawah sampai ke hujung bawah pesak






6. Bahagian yang siap dijahit dan diterbalikkan akan kelihatan macam ini.



7. Proses seterusnya adalah mencantumkan tangan ke pesak yang dah siap dicantum dengan kekek.

8. Mulakan  dengan sebelah kiri pesak.

9.  Ulang langkah sepertimana kita jahit kekek ke pesak.

10. Jahitkan dua pasang tangan menggunakan proses yang sama.

11. Hasilnya hendaklah sebegini rupa. 



12. Untuk lubang leher mula- mula lipat dua bahagian badan secara memanjang

13. Dilipat sekali lagi menjadi 4 dan kelihatan begini

14.Diseterikan untuk mendapat bekas lipatan


15. Dibuka lipatan sekali sahaja dan dibiarkan memanjang. Tandakan bahagian bahu pada tepi. Letakkan template lubang leher. Samakan line pada template dengan tangan kat bahu 


16. Untuk buka depan bentuk 'v' turunkan 4 inci



17. Lukiskan dengan kapur line sendeng

18. Gunakan pengelek untuk membuat tanda di lapisan sebelah bawah



19. Guntingkan bahagian bulatan sahaja.


21.Letakkan alas leher dahulu. Kemudian letakan bahagian leher dan adjust kedudukannya.


22. Jahitkan keliling leher dan bahagian 'v'nya



23.Setelah siap dijahit barulah di potong bahagian 'v' dengan berhati-hati terutamanya bahagian hujung 'v'



24. Terbalikkan alas leher ke dalam.

24. Seterikakkan untuk mengemaskan jahitan


26. Potongkan bahagian alas leher lebarnya 1 inci dan di jahit tepi sebelum di jahit tangan
27. Last sekali cantumkan pesak yang lengkap dengan tangan ke badan. Lepas tu boleh dijahitkan bahagian bawah baju dan lengan dengan jahitan tangan.

Saturday, May 18, 2013

memotong kain

 1. dari hujung tangan kanan ukur labuh baju campur dengan basi jahitan dan dilipat dua. Bahu baju kurung tidak dipotong. katakanlah ukuran labuh baju 39 inci dan bahu 16 inci + 1 inci jadi 17 inci.






 2. Tandakan atas kain ukuran segiempat tepat 39 inci panjang dan 17 inci lebar. Mulakan dari hujung kain dan tepi kain yang hampir dengan badan . Lukiskan line dengan kapur jahitan kemudian barulah digunting





3. . lebihan kain dilipat 2 juga dan diukur labuh tangan tangan 22inci . Bahagian tepi kain di sebelah tangan kanan


4 Lebar tangan 18 inci. Bahagian tepi kain di sebelah tangan kanan


5. Untuk memotong pesak pulak katakan ukuran pesak bawah + basi  = 5 + 1= 6inci.. pesak atas 3 +1 = 4inci. ukur kain yang baki  6 inci x 2 = 12inci. Panjang pesak katakan 32 inci. Kemudian dilipat dua.

6. Kemudian dilipat dua. Kedua proses hendaklah dibuat di atas meja memotong terus

7.  Sekarang barulah ditanda pesak ats 4 inci dan digariskan serong barulah dipotong 4 lapis serentak. Lepas tu barulah dibelah bahagian atas pesak sepanjang 8 inci sahaja.



8. Seterusnya potong 2 keping kekek ukuran 4 inci segiempat sama.


9. Bentangkan kain lebihan untuk memotong kain dengan ukuran 60 inci lebar dan labuh 39 inci



10. Potong alas leher dengan ukuran 10 inci x 14inci

Wednesday, May 8, 2013

Cara memotong kain sebenar

Untuk memotong kain mesti gunakan gunting yang tajam. Semasa memotong kain gunting tidak boleh diangkat terlalu tinggi. Juga jangan diangkat kain yang dipotong. Untuk cubaan pertama pilih kain dari jenis yang tidak licin. Sebaik-baiknya  kain cotton.

1. Pertama potong bahagian badan, 2, Potong bahagian tangan   3. Potong pesak   4. kekek

5. Kain     6. lapik leher

Monday, May 6, 2013

persedian dan peralatan untuk mengukur

pita pengukur (tape measure)

gunting

jarum peniti

kapur menjahit

kertas karbon

pengelek

pembaris 'L'

pembaris 1 meter(optional)

kain ela 4 meter


templat untuk lubang leher
 Pilih sepasang baju kurung yang sedap di pakai
(kain)
kain 
                       
baju 

ukur bahu baju
ukur labuh baju


ukur labuh tangan

ukur bahagian lengan baju ( atas)

ukur bahagian pergelangan tangan (bawah)


ukur bahagian baawah pesak


ukur labuh kain

ukur bahagian punggung
ukur untuk getah  pinggang